Tuesday, June 28, 2011

mengketam @bagan seafood

kepala sikit serabut ada masalah tetiba dtg so nak wat apa lagi memang kekawan la jadi mangsa hu3....habis je ofis hour aku terus bergerak ke empire subang, lokasi berkumpul kekawan wajib hadir to cheer me up he3, mcm biasa la abon, wawa, mona. lebih kurang pukul 6.50 baru semua sampai, cari tempat nak park kereta mona pas tu kami berempat gerak ke port klang 1 kete je (jimat kos jgn membazir)..


main dish yg amat mengujakan




perjalanan x ambil masa lama pun almaklum la kami bergerak dgn bawa GPS version laki he3, thnks abon sbb mempercepatkan perjalanan kita ke bagan seafood (memang gps paling mahal nih sbb x yah nak charge bole guna je he3). ngam2 kul 8 sampai kat bagan seafood, sempat maghrib dulu n lepas tu masa tuk melantak ar, apa yang kami order? ha ni listnya, 2kg ketam masak mermite, 2 pinggan bamboo lala masak pedas, butter prawn, baby kailan ikan masin, nasi putih 4.. + green tea tuk menyahtoksinkan apa2 toksin yg dh msuk dlm perut.... 


kelentang kelentung....bla10x....abis sudah melantak, p bayar bill kena RM143, kira ok la kan belasah seafood tuk 4 orang kena charge rege mcm tu...





Tuesday, June 21, 2011

trekking dr kedondongwaterfall sampai genting...

Kedondong Waterfall


StateSelangor
LocationBetween Batang Kali and Gohtong jaya
Coordinates and mapN 03 25.82' E 101 43.86'
Water SourceRiver
Waterfall ProfileNear Vertical fall
AccessibilityTrekking from carpark


ahad, 19 june 2011 - kami menyusuri sg kendondong yg terletak di antara Batang Kali & Gohtong Jaya... at the begining kami tersalah laluan... x perlu cross jambatan sebenarnya... tp confident jek g cross & dh berjalan dlm 10 min.. kira warm up la ek.. eheheh

trek yg agak mudah bg kami... rs2 x sampi pun 45 minit (ke x smpi 30 minit) kami berjalan.... hentian pertama kami sebenarnya adalah destinasi yg kami tuju.... port dia mmg mabeles & unspoiled... 3 jam kami lepak kt port ni, xde org lain pun... so, tempat tu kami yg punya!!!!!


waterfall dia rendah jek tp kolam dia besar & air dia sgt la sejukkkk.... ketar pala lutut duk merendam sambil blajar swimming dr coach yg br pandai swimming.. heheheh... kenyang gak la minum air sungai kedondong... tp xde la rs kedondong.. ehehehe

kt bwh sket dr port kami melepak, ada 1 lg kwn yg ade kolam... air dia agak tenang juga la.. n ade pasir... ala2 tepi pantai lak... cuma utk ke port ni kn redah batu2 yg agak besar & kn lalu air gak... ingat xmo dh msuk dlm air.. rupe2 nye terpaksa gak... uh sejukkkk.....

dh puas mengecutkan diri kt kedondong waterfall, kami gerak pulak ke genting highlands.. alang2 kan... x jauh dh pun dlm 12 km jek... hajat nk naik cable car.. skali kn tgu 1 jam setengah, so kami kansel... drive je la smpi atas... jimat ms... lg pun perut dh menyanyi lagu rock + punk + dangdut :P

lepak2 lps mkn (giler ar.. cr mkn smpi kt genting) kt atas time kabus tebal mmg best... terasa cam kt oversea lak.. hahhaha

sejukkk... tp kami ENJOY!!!!!!!

Monday, May 16, 2011

Definisi CINTA Dalam Al Qur'an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tentram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.

Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan terraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu terraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualitas keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut.

Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah.

Thursday, May 5, 2011

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Ungkapan cinta

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:"Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."
 
Sila baca dari bawah ke atas.

sembahyang..

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

Wednesday, April 27, 2011

nak layan lala masam manis kat uptown damansara...yokkk....

Macam biasa kalau ada aktiviti jer memang kami berempat ni je la yang selalu ada, Shaf, Nurul & Lisa geng treking merangkap geng berpoya-poya he3...mlm ni aktiviti yang kami pilih adalah meratah tubuh lala yang diselaputi keenakan rasa masam manis...asyikkk banget lala nih he3....
plan kul 9 mlm lani baru kul 6.15, haishhh lambat lagi la plak....

Friday, April 8, 2011

dulu masa zaman kita sekolah degil la juga tapi masih ada respek kat cikgu...zaman skrg.....

Guru wanita cedera ditumbuk pelajar

KANGAR 7 April – Seorang guru wanita, cedera di hidung dikatakan akibat ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar, dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku ketika guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, memanggil pelajar tersebut selepas melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas di sekolah itu, pukul 12.30 tengah hari.
Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata, sebaik sahaja dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai pergaduhan itu, pelajar terbabit terus menumbuk guru berkenaan.
Menurutnya, guru itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan dibuat kepada pihak polis.
“Ketika kejadian, guru berkenaan yang mengajar mata pelajaran Sejarah dipercayai dalam sesi pertukaran kelas,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, guru tersebut ketika ditemui di HTF enggan mengulas lanjut dan masih dalam keadaan terkejut ekoran kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, kata beliau, polis juga turut menerima satu lagi aduan daripada seorang pelajar sekolah yang sama mengenai kejadian dia ditendang oleh seorang pelajar lain dan siasatan sedang dijalankan.

Monday, March 28, 2011

Daily Game Mar 28 - Infinite Tower RPG

Climb the infinite tower as a rogue, axeman or knight.

Infinite Tower RPG is powered by dailygame.org

disebalik bencana alam yang berterusan...(sebagai peringatan bersama)...


Sebahagian dari bencana alam berpunca dari kekufuran dan maksiat yang dilakukan manusia sendiri seperti firman Allah dalam Surah al-ankabut ayat 40.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَوَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Mafhum Hadith:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikut atau menurut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak melebihkan kawan-kawannyanya.
7. Anak-anak menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis disanjung dan dimuliakan.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir atau umat terkemudian melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain .

 Peringatan Allah Tentang Hari Gempa Yang Paling Dahsyat (Qiamat)

SURAH AL-ZALZALAH

Surah yang ke 99 - Makkiyah - 8 ayat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ( 1

Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.

( وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ( 2

Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.

( وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ( 3
Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?

( یَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.

( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).

( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.

( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah nescaya ia akan melihat pahalanya.

( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan melihat balasannya.

 Di dalam surah yang lain Allah mengingatkan:

SURAH AL-QARI’AH  / “MALAPETAKA”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

الْقَارِعَةُ
Malapetaka yang tiba-tiba.

مَا الْقَارِعَةُ
Apakah malapetaka yang tiba-tiba itu?

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
Dan apa yang akan membuat engkau mengerti apa malapetaka yang tiba-tiba itu?

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
Pada hari di mana manusia akan seperti ngengat yang penuh bertebaran,

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ
Dan gunung-gunung akan (berterbangan) seperti bulu domba yang disisir.

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya berat,

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Ia akan menjalani kehidupan yang menyenangkan.

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya ringan,

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Tempat tinggalnya adalah jurang yang paling bawah "hawiah".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
Dan adakah engkau tahu apa itu "hawiah"?

نَارٌ حَامِيَةٌ
Api panas yang bernyala-nyala. 
# Sebahagian kandungan paparan ini dipetik daripada khutbah Jumaat 18 Mac 2011,Masjid  Sultan Idris  11, Slim River yang sempat saya ingati.

Saturday, March 19, 2011

cerianya hidup bila ada kawan2....

walaupun macam dah agak lambat aku terjebak dlm aktiviti treking yang agak best gak bagi aku nih yang pasti aku nak ucap terima kasih la kat kekawan aku yang ada sekali nak layan so baru aku pun boleh makin bersemangat nak teruskan aktiviti nih...yang pasti skrg nih aku dah mcm jadi gila treking lak, kalau bole setiap minggu nak layan, isnin sabtu keje ahad lak p layan treking so idup x bosan kan tul x? he3...

buat masa ni dah ada 3 lokasi dlm jadual aktiviti aku...
1). Lepok waterfall
20 mac 2011 (ahad)

2). Strata waterfall
27 mac 2011 (ahad)

3). Lubuk Kawah Waterfall
9-10 april 2011 (sabtu & ahad)

3 lokasi yang bakal aku jejaki insyallah...mak aku dah bising dah sbb aku selalu sgt p treking tp tu masa mula2 aku layan aktiviti ni la, skrg tidak lagi he3...aktiviti menyihatkan dah tentu la x de saper yang nak halang ye x?
klu ada yang baru terfikir nak layan treking ni p la layan, best wei...tp kena ingat jaga kebersihan bila dah nak balik sampah jgn tinggal lak kat waterfall, keindahan tuhan bagi untuk kita nikmati so bila kita dah lihat nikmat keindahan tuh kenapa kita x jaga n tinggalkan tuk orang lain pula yang nikmati...

Wednesday, March 9, 2011

lepoh waterfall


kawan2 jom pi layan trekking pas tuh kubang kat air terjun lepoh...mau ngak?...

nak menceritakan pasal Lepoh aku x tau sbb lom pegi lagi so aku cari artikel tuk korang sumer baca kasi timbul keinginan nak pegi he3...sila baca yer....

Ini aku copy paste jer artikel dr utusan malaysia...


Bersama rakan-rakan, saya memilih untuk menjejaki laluan ke Air Terjun Lepoh yang terletak jauh di pedalaman Hulu Langat, Selangor yang penuh keheningan dan ketenangan.
Sebuah masjid di Batu 14, Hulu Langat menjadi pertemuan tujuh insan. Pekan kecil itu agak sibuk dengan pasar tani dan jalannya sesak dengan pelbagai kenderaan. Hati begitu teruja apabila terpandang sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Deruan enjinnya sahaja sudah cukup membuat hati saya tidak keruan. Mungkin mereka ingin menguji ketangkasan mengendali jentera perkasa berharga puluhan ribu ringgit melalui jalan raya bengkang-bengkok ibarat ular kena palu menghala ke daerah Jelebu di Negeri Sembilan.
Abod yang sering bersama saya mendaki di pelbagai puncak sehingga sejauh Gunung Kinabalu di Sabah akan jadi penunjuk jalan. Kami yang menaiki kereta dan van kemudiannya meninggalkan kawasan masjid dengan menempuh beberapa lokasi lain di sepanjang jalan menuju ke Batu 18. Keadaan jalan raya sibuk dengan sejumlah kenderaan membelok ke arah Hutan Lipur Sungai Congkak, antara kawasan perkelahan utama di sini.
Kami meneruskan perjalanan sebelum membelok ke arah sebuah jalan bitumen yang sempit. Jalan raya itu akhirnya membawa kami ke sebuah kawasan perkelahan dan perkhemahan milik persendirian yang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan. Di samping jeram semula jadi yang mengalir agak deras, tuan punya tanah ini turut mengalirkan air dari sebelah hulu untuk membentuk air terjun buatan yang menarik. Kawasan tersebut turut menerima sentuhan landskap dengan pelbagai tumbuhan hiasan dan pepohon buah-buahan.
Dua rakan lain iaitu Hamdan bersama anak saudaranya menyusul kemudian. Kami memulakan perjalanan ketika jam di tangan saya menunjukkan pukul 11 pagi. Cuaca agak panas, namun kami bernasib baik berjalan menempuh laluan yang berpayungkan pepohon kayu yang berkanopi lebat. Kami turut menyeberang beberapa titi kayu yang merentangi jeram yang mengalir bengkang-bengkok.
Kiri dan kanan jalan sempit yang kami tempuhi itu turut subur dengan pelbagai pohon buah-buahan seperti cempedak, manggis dan durian. Di samping itu, pohon-pohon rambutan dan pulasan yang tumbuh rendang turut kelihatan. Walaupun kedua-dua pokok itu nampak sama tetapi sebenarnya tidak serupa. Buah pulasan yang agak kurang dikenali di pasaran berkulit tebal dan daunnya pula lebih tirus berbanding dengan pokok rambutan.
Pokok-pokok getah muda turut kami temui tatkala menjejaki laluan. Pepohon tersebut diselangi dengan tanaman kontan seperti pisang dan sayuran. Berjalan di kawasan ini mengingatkan saya ketika berada di kawasan desa. Baik Utara mahupun Selatan, baik Timur mahupun Barat, pemandangan seumpama ini tidak pernah hilang dari ingatan. Kehijauan dan ketenangan yang kami rasakan sukar digambarkan dengan kata-kata, ditambah pula dengan kehadiran banjaran gunung yang menghijau yang turut memeriahkan suasana.
Senario alam yang kami tempuhi berubah perlahan-lahan. Kini, tiada lagi kebun dengan pepohonnya yang ditanam orang memonopoli alam. Kami mula melewati kawasan hutan dengan pepohon kayu yang tinggi menjulang. Kanopi tebalnya menyaring hampir keseluruhan cahaya matahari yang menyinar terang. Segala-galanya begitu suram dan penuh misteri dengan pelbagai bentuk flora yang mendominasi persekitaran.
Paip besi yang panjangnya entah berapa kilometer mengalirkan air ke bahagian hilir turut kami temui. Entah bila agaknya struktur tersebut dibina, mungkin puluhan tahun yang lampau. Permukaannya licin dan berkarat. Lumut hijau turut membaluti paip yang dingin dan lembap itu. Sebuah bangunan yang dindingnya separuh batu dan selebihnya kayu juga kami temui. Menurut Abod, bangunan tersebut pernah menjadi tempat persinggahan pekerja yang menyelenggara sebuah kunci air yang dibina berhampiran. Bangunan itu kini terbiar mereput sendiri dengan bahagian dalamannya kotor dengan pelbagai sampah sarap. Banyak juga bahagian strukturnya yang dimamah usia, mungkin bangunan itu akan rebah menyembah bumi akhirnya.
Perjalanan menempuh sedikit kawasan mencanak itu akhirnya terhenti di sebuah air terjun dengan kolam cetek menadah bahagian bawahnya. Kami sampai di Air Terjun Lepoh setelah berjalan kaki selama sejam setengah. Agak ramai juga yang berkunjung ke situ. Mata tertumpu kepada sekumpulan jurugambar yang sedang sibuk merakam imej seorang model yang berpakaian bikini. Mereka begitu tekun dengan kamera pelbagai jenama sambil salah seorang darinya memegang sekeping pembalik cahaya.
Kami beramai-ramai berendam di dalam kolam yang dingin lagi menyegarkan. Lebah spesies Apis cerana dan Apis dorsata banyak kelihatan di kawasan air terjun itu. Apis dorsata yang lebih besar saiznya dikenali ramai sebagai lebah tualang kerana sering dijumpai membuat sarang pada dahan-dahan pokok yang terkenal dengan ketinggiannya itu. Seekor ular sawa, Phyton reticulatus turut mencuri perhatian. Saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan imej haiwan yang sering digeruni yang berlengkar di atas batu tidak jauh dari tempat kami mandi.

Monday, March 7, 2011

nikon gadget (5 items in 1 price) for sale



Produk (1)
Nikon AF Zoom NIKKOR 70-300 F4-5.6G lens
Pakej:-
1 x NIKON AF ZOOM NIKKOR 70-300MM LENS
1 X NIKON USER MANUAL GUIDE
1 X GENUINE NIKON LENS HOOD
HARGA SEMASA: RM520













Produk (2)
Nikon 18-55mm f/3.5-5.6G AF-S DX VR Wide Angle Autofocus Zoom Lens
The AF-S DX-NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR, a lens featuring a built-in Silent Wave Motor and Vibration Reduction (VR). The AF-S DX-NIKKOR 18- 55mm f/3.5-5.6G VR is an affordable, and compact, 3x zoom lens with amazing versatility. This new lens will provide enhanced shooting flexibility as the latest addition to the Nikon DX-NIKKOR lens lineup.
HARGA SEMASA: RM800










Produk (3)
52mm Digital Ultraviolet UV Coated Filter
is a wise initial investment. It helps protect your valuable investment from dust, moisture and scratches, which can lead to costly repairs.
HARGA SEMASA: RM50








Produk (4)
Wide Angle-Macro Converter Conversion Lens-52mm
PACKAGE INCLUDED :-
1 X O.5x  52mm Wide angel Lens
1 X MACRO Lens
1 X Front Cap
1 X Rear Cap
1 X Lens Pouch Bag

The wide angle conversion lens is conversion lens designed to broaden the field of view when attached to a digital camera's or camcorders existing lens. It is designed to screw onto your existing lens of digital cameras or camcorders with the filter thread. Alternatively, an optional appropriately-sized adapter ring can be used for other sizes.

When you can’t tell the house to "move back," just add a Wide Angle Converter Lens and click away. The wide angle effect broadens the angle of view, while increasing the depth of field, do objects near and far are in focus at the same time. Great for cityscapes, outdoor panoramas, room interiors, and it can include more people in group shots.

Detachable MACRO lens Included!

So, you like the idea of doing macro photography, but you think you can’t afford it? With the macro lens converter you can build yourself a surprisingly good macro lens. It is included in this package!



HARGA SEMASA: RM350

Produk (5)
Tripod Digieye 4500 for Professional
All Canon EOS DSLR Camera, Nikon DSLR, Pentax DSLR, Olympus DSLR.Digital camera pun boleh.

Spec:

Tinggi Max: 1355mm (lebih kurang atas pinggang)
Berat : 1.05kg (Tak berat pun)
Head : Boleh pusing 360 degree
HARGA SEMASA: RM80










semua sekali ada 5 barang aku jual secara pukal (5 in 1)
harga semasa RM1800
harga ditawarkan (jumpa dulu test barang2 pas tu runding la harga yer, area gombak)
(untuk yang serius nak beli je yer aku nak pakai duit nih sila call aku helmi-0192727994)

Friday, March 4, 2011

layan 127 hours..

Pukul 9.40pm 3/3/11 aku balik kerja n terus gerak ke damansara dan destinasinya...










Kalau datang sini cuma 2 aktiviti jer yang akan dibuat 1)bowling 2)movie. bowling memang dah x layan dah kat ecurve nih sebab harganya bapak mahal sekarang RM8 per game (mengarut wei baik aku pegi layan bowling kat genting baru RM6 per game). Jadi jawapannya yang no 2 la layan movie, seperti biasa kalau tengok movie kat sini memang tugas si nurul jannatul azua la yang kena ambil tiket he3.

Memandangkan gaji aku kecik so kena la keja lebih cari rezeki jadi memang macam biasa gak la aku mesti datang last sekali he3, abon & wawa suda tunggu kat Mcd layan dinner dulu dah (timer kasih la yer sbb x orderkan apa2 untuk aku hu3) disebabkan aku sampai lambat so nak x nak memang memaksa diri la dok makan set double cheese burger dalam masa 5 minit (aku ni makan sopan sangat so 5 minit tu mcm cepat sangat wei nak abiskan set tuh he3)...misi berjaya dinner selesai....

Perut sudah kenyang, tiket pun suda ada kat tangan apa lagi berangkat la kami bertiga ke Hall no.8...

Ini lah movie yang kami layan..agak menarik ceritanya..pelakonya James Franco, mula2 aku tengok dia berlakon dalam movie spiderman mcm kurang menonjol dia berlakon tp dlm cerita ni bagi aku memang bagi kesan la kat sesiapa yang menonton. mungkin sebab pengarahnya juga kut si Boyle tu, movie yang dia buat bole tahan la juga macam sebelum ni dia buat cerita Slumdog Millionaire modal kecil jer tapi collection bapak banyak wei. Berbalik kat filem 127 hours ni apa yang aku rasa sepanjang 127 jam dia terperangkap tu dah macam aku terasa lak penatnya dan yang paling buat aku terkedu tang babak klimak tuh sangat menyentap wei...aku memang recommend la kat saper-saper yang nak tengok movie nih, filem yang berinspirasi adaptasi dari kisah benar so sila la pergi tonton yer....

Thursday, March 3, 2011

cat murderer

Semalam aku x berapa nak perasan sangat new update dalam FB aku, pagi nih masuk jer kat wall aku ternampak 1 video sharing dari kawan aku hazudin, tersentap la sikit pagi-pagi yang tengah bertenaga nak wat keje nih mcm ilang sikit semangatnya sebab sakit hati tengok video tu. tengok dari detail dan maklumat perkara tu terjadi kat serdang.


Kat sebelah nih adalah salah 1 gambar yang aku copy paste jer, korang boleh nampak kan yang kat lantai tu anak kucing sebenarnya, dan apa yang dia akan buat lepas tu memang mcm orang yang x de perasaan langsung, dia pegi pijak kucing tuh (tetiba teringat aku kat citer i'm no 4, anjing yang kecik tuh rupanya guardian no 2 si John, kasi bertukar itu kucing hantam itu orang he3, (pengaruh filem tul)).

Aku rasa kat malaysia ni pun kena adakan undang2x tuk bagi hukuman kat pesalah animal abuser la kut, mcm kat singapore pukul binatang je pun bole kena penjara so confirm x berani orang nak dera mendera ni, kalau dah mendera binatang pun ada hukuman mesti mendera orang lagi diorang x kan berani nak buat tul x?

Tinggalkan pasal perundangan tuh sebab apa yang penting benda ni kita jadikan peringatan untuk kawan-kawan kita dan juga untuk diri kita sendiri supaya jadi manusia yang ada perasaan dan berperikemanusiaan, gunakan akal yang dah dianugerahkan oleh tuhan kerana akal itu adalah perbezaan yang nyata antara manusia dgn haiwan..... PEACE NO ABUSE.....

kat bawah ni aku ada sediakan link untuk tgk video pembunuhan kejam yang potong mood aku pagi2 nih, kalu korang rasa2 nak tgk silakanlah tp aku x tengok sampai habis pun sebab macam x sanggup lak hu3....
sumber video ni dah dipadamkan so aku cuma dapat letakkan link video nih dari FB orang jer, lepas korang klik link kat bawah nih korang kena log in akaun FB baru dapat tgk video..tengok2x la video tu yer wat peringatan tuk diri kita supaya jadi manusia yang berakal...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1895256344554&oid=276194922385#!/video/video.php?v=1895256344554&oid=276194922385&comments

Tuesday, March 1, 2011

kisah aku dan aktiviti treking....

ngam2 pukul 6 aku keluar ofis n terus drive pegi ke damansara, macam biasa destinasinya ke one utama lah. plannyer nak cari sandal untuk treking, tapi dah alang2 pegi OU aku pun cari mangsa la minta temankan layan movie, mangsa yang berjaya di racun adalah wawa n syauqi tapi spoil sebab bazirkan dekat 2 jam p layan movie yg ntah apa2 ntah (the rite), pendek kata x berbaloi langsung la layan citer tuh.

habis layan movie wawa n syauqi gerak balik rumah diorang terus dan aku meneruskan misi mencari sandal aku tuh, budget x de tp menggatal nak cari gak tu yang jadi payah kit tu sebab harga barang2 tuk treking nih bole tahan gak mahal, dekat 30 minit aku dok pusing2 kat new wing nak cari kedai yg jual barang sukan lasak kat website aku dah survey n lokasinya kat level 1 tapi aku dah pusing2 sampai ketiak basah haremmm x jumpa, baru cadang nak beli yang branded punya sandal kat paler terpikir brand teva (poyor jer nak beli sandal yg reger RM200 padahal budget x de pun hohohoho). pas tu aku naik ke level 2 jumpa kedai bata, belek2 sandal kat dalam tuh ada la jumpa 1 brand tuk treking n hiking, tgk reger ok la RM69 under budget aku tuh he3, tp rasa mcm nak tgk2 dulu kat kedai lain n aku jumpa 1 kedai ni jual brand Dr. cardin harganya lak RM79, so muktamad melayang RM79 aku tp ok la sebab misi dah berjaya sandal dah dapat, nak balik pegi parking kete sekali tersinggah kat FOS, nampak lak 1 bag sandang warna merah x de pikir panjang terus sambar jer, cash x dok so kasi swap kad ler huhuhu (masalah klu dah kaler kegemaran merah).


Pagi2 lagi sebelum 7.30 wawa dah sampai jemput aku kat umah (thanks wawa sbb amik aku he3), pot menunggu kat petronas batu caves bersebelahan giant, beli apa2 yang patut sat kat petronas sambil tunggu yang lain2 sampai. abon, ijan, judin, mona, wawa n aku. semua suda ada aktiviti pun bermula, batu caves ke kancing dekat sangat sekejap jer dah sampai..


Masuk2 jer kami kena bayar RM10 tuk 5 org n 2 kereta, pelik gak sbb kena bayar tp malas pikir byk bayor je la he3, sorang lagi x sampai nak tunggu tp kami dah teruja nak start treking so wak(yusrizal) terpaksa la treking sendiri sbb kami tunggu kat atas he3. masuk je pintu gerbang tempat tu agak lengang sebab kami dtg awal sgt kut, baca kat dlm website katanya akan ambik masa 4 jam perjalanan ke waterfall yg ke 7 tapi...dah ada tangga daaa, x sampai 30 minit dah sampai falls ke-7 hu3...alkisah ngatkan nak redah batu batan n akar kayu sekali panjat tangga jer adehhh, tp untuk mengaburi mata aku x snap pun pic tangga, biar nampak trill kit he3...















Sambil tunggu Wak Yus sampai aku sempat la snap pic kit2 n kami g breakfirst dulu belasah nasi lemak n sambal kerang...haishhhh mana wak nih.....


















muka orang yang sampai lambat, cenggini la rupernyer he3...
















kat bawah nih antara gambar2 yang sempat aku amik sepanjang kami di kanching....




























 lepas beberapa jam kat atas kami turun nak cari aktiviti yang lain pula, toilet kat kanching agak menyedihkan dan yang x bole bla tu kena bayar gak, dah la nak masuk kanching kena bayar, nak masuk toilet pun kena bayar, tempat lak dah la sgt x terurus, sampah x payah nak cakap la memang sgt menyakitkan mata, banyak pic yang aku x post sbb nak menjaga nama baik salah 1 pusat rekreasi kat malaysia, kalau aku tanya "kawan2 nak pegi kanching lagi x?" confirm la jawapan mesti X PAYAH he3...........sudahnya kami semua pegi salin baju kat shell tepi jalan betul2 selepas keluar dari kanching. aktiviti sampingan selepas x puas hati dgn kanching kami pergi makan nasi ayam kat taman sri gombak (x baper menarik pun nasi ayam tuh hu3)....

lepas perut sudah kenyang bincang punya bincang akhirnya kami tambah 1 lagi aktiviti, karaoke kat ampang park (sbb budget x de klu x mau pegi kotak merah he3), layan senaman mulut 3 jam (kemeriahan kami kat situ x yah nak diceritakan la yer yang pasti kami semua memang sgt sopan semasa menjalankan aktiviti senaman mulut nih he3)....ingatkan aktiviti suda habis rupa-rupanya tambah lagi 1 last minit layan sate kajang kat taman melati....1 hari yang penuh dengan aktiviti, sgt enjoy, trekking-kutuking-eating-karaoking-kutuking-eating...abon, ijan, mona, wawa, judin n wak bila mau layan cani lagi....

Search This Blog