Friday, March 4, 2011

layan 127 hours..

Pukul 9.40pm 3/3/11 aku balik kerja n terus gerak ke damansara dan destinasinya...










Kalau datang sini cuma 2 aktiviti jer yang akan dibuat 1)bowling 2)movie. bowling memang dah x layan dah kat ecurve nih sebab harganya bapak mahal sekarang RM8 per game (mengarut wei baik aku pegi layan bowling kat genting baru RM6 per game). Jadi jawapannya yang no 2 la layan movie, seperti biasa kalau tengok movie kat sini memang tugas si nurul jannatul azua la yang kena ambil tiket he3.

Memandangkan gaji aku kecik so kena la keja lebih cari rezeki jadi memang macam biasa gak la aku mesti datang last sekali he3, abon & wawa suda tunggu kat Mcd layan dinner dulu dah (timer kasih la yer sbb x orderkan apa2 untuk aku hu3) disebabkan aku sampai lambat so nak x nak memang memaksa diri la dok makan set double cheese burger dalam masa 5 minit (aku ni makan sopan sangat so 5 minit tu mcm cepat sangat wei nak abiskan set tuh he3)...misi berjaya dinner selesai....

Perut sudah kenyang, tiket pun suda ada kat tangan apa lagi berangkat la kami bertiga ke Hall no.8...

Ini lah movie yang kami layan..agak menarik ceritanya..pelakonya James Franco, mula2 aku tengok dia berlakon dalam movie spiderman mcm kurang menonjol dia berlakon tp dlm cerita ni bagi aku memang bagi kesan la kat sesiapa yang menonton. mungkin sebab pengarahnya juga kut si Boyle tu, movie yang dia buat bole tahan la juga macam sebelum ni dia buat cerita Slumdog Millionaire modal kecil jer tapi collection bapak banyak wei. Berbalik kat filem 127 hours ni apa yang aku rasa sepanjang 127 jam dia terperangkap tu dah macam aku terasa lak penatnya dan yang paling buat aku terkedu tang babak klimak tuh sangat menyentap wei...aku memang recommend la kat saper-saper yang nak tengok movie nih, filem yang berinspirasi adaptasi dari kisah benar so sila la pergi tonton yer....

No comments:

Post a Comment

Search This Blog