Monday, March 28, 2011

disebalik bencana alam yang berterusan...(sebagai peringatan bersama)...


Sebahagian dari bencana alam berpunca dari kekufuran dan maksiat yang dilakukan manusia sendiri seperti firman Allah dalam Surah al-ankabut ayat 40.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَوَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Mafhum Hadith:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikut atau menurut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak melebihkan kawan-kawannyanya.
7. Anak-anak menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis disanjung dan dimuliakan.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir atau umat terkemudian melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain .

 Peringatan Allah Tentang Hari Gempa Yang Paling Dahsyat (Qiamat)

SURAH AL-ZALZALAH

Surah yang ke 99 - Makkiyah - 8 ayat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ( 1

Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.

( وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ( 2

Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.

( وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ( 3
Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?

( یَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.

( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).

( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.

( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah nescaya ia akan melihat pahalanya.

( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan melihat balasannya.

 Di dalam surah yang lain Allah mengingatkan:

SURAH AL-QARI’AH  / “MALAPETAKA”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

الْقَارِعَةُ
Malapetaka yang tiba-tiba.

مَا الْقَارِعَةُ
Apakah malapetaka yang tiba-tiba itu?

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
Dan apa yang akan membuat engkau mengerti apa malapetaka yang tiba-tiba itu?

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
Pada hari di mana manusia akan seperti ngengat yang penuh bertebaran,

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ
Dan gunung-gunung akan (berterbangan) seperti bulu domba yang disisir.

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya berat,

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Ia akan menjalani kehidupan yang menyenangkan.

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya ringan,

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Tempat tinggalnya adalah jurang yang paling bawah "hawiah".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
Dan adakah engkau tahu apa itu "hawiah"?

نَارٌ حَامِيَةٌ
Api panas yang bernyala-nyala. 
# Sebahagian kandungan paparan ini dipetik daripada khutbah Jumaat 18 Mac 2011,Masjid  Sultan Idris  11, Slim River yang sempat saya ingati.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog